Sunday, 30 October 2011

Lawak Lucah - Dayungan Janda Muda

Posted by Vee at 13:47 0 comments
Linda, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri di sebuah banglo dua tingkat di Kota Tinggi. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda menggilainya tapi Linda tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya memikatnya?

Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta-harta Linda bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yang berjaya. Kini sudah masuk tahun ke-3 Linda tidak bersuami. Sudah lama dia bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan penjagaan diri.

Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan. Tambahan lagi, Linda tinggal berseorangan dalam kegelapan. Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Linda amat kehausan sekali.Perasaan Linda semakin resah. Sabar Linda menunggu, sejam dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak.

Tuk!!!Tukkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. "Ohhhh! syukurlah!!!" kata Linda di dalam hatinya.Linda terus berlari membuka tingkap rumahnya yang diketuk itu.

Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an berambut Mawi melemparkan senyuman manis kepada Linda. Linda pun membalas senyuman itu. Senyuman mereka berdua jelas kelihatan di dalam samar-samar cahaya torch light milik lelaki itu. Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Linda.

Inilah saat pertama kalinya Linda memegang tangan lelaki semenjak arwah suaminya meninggal dunia. Peluh Linda keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut."Adik duduklah di sini",kata lelaki itu. Linda pun duduk perlahan-lahan Dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki itu dan tiba-tiba Linda terasa punggungnya menjadi dingin. Dingin Dan sejuk akibat air telah mula ,membasahi punggungnya yang gebu itu.

Menyedari Ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata "Ohhh!!Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana tempias dek air banjir in, tapi apapun adik telah Selamat!". Jawab Linda "Yalah!!Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir in nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi. Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja.,jadi dapatlah saya menunggu di sini".

Lelaki tadi terus menghidupkan semula engin sampannya lalu terus ke pusat Pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan..

Hehe...

Friday, 21 October 2011

Housewife slashed in robbery

Posted by Vee at 10:03 0 comments
KOTA KINABALU: A housewife was seriously injured in an armed robbery at her home in Kampung Lokub, Sepanggar early yesterday and was admitted to the intensive care unit at Queen Elizabeth Hospital (QEH).

Norsimah Amir, 30, was slashed with what is believed to be a machete while struggling with a robber who broke into her home around 6.30am.

The assailant inflicted deep wounds in her neck when she tried to prevent him from grabbing her gold necklace.

After the man fled through the kitchen door with some jewelry and money, the victim managed to stagger to the adjacent home of her brother-in-law to seek help.

She was taken to the Likas Hospital before being transferred to the QEH.

Her brother-in-law, Fitri Marjatin, 25, said he only realized what had happened when he heard a loud knock on his front door.

“When I opened the door, I was shocked to see my sister-in-law lying on the floor in a pool of blood,” he said.

“I asked her what happened and who did this to her and she said “Ibnu yang buat” (Ibnu did this),” said Fitri when met at the scene yesterday.

According to Fitri, ‘Ibnu’ is the name of a known drug addict in the village.

Meanwhile, city police chief ACP Ahmad Sofi Zakaria, who was met at the scene, said initial police investigation showed that the assailant entered the house with the intention to rob.

“The victim who was in the house with her three children, aged three to five, suffered injuries when she put up a fight with the suspect,” he said, adding that the case is being investigated under Section 394 of the Penal Code for causing hurt in committing robbery.




Source: Borneo Post

Sunday, 9 October 2011

Soalan Bikin Panas

Posted by Vee at 06:54 0 comments
Hai... kali ni aku nak kongsi soalan2 "bonus" yang selalu kita dengar, dan kita xtau la samada mo pelempang or penendang tukang soal tu koz bagi soalan yang bikin panas... Hehehe

1. Bila org nampak ko baring tutup mata:
S: Ko tidur kah?
J: Tdk la, saja training mcm mana mau mati bah..

2. Imagine ko bawa bawa tv ko yg dah rosak pi tmpt technician n dia masi juga tanya:
S: Mau kasi bagus kah ni tv?
J: Tdk la, sy buring ba, jadi sy sy bawa la tv sy pi jln2 sini.

3. Bila time hujan kwn ko nampak ko kluar,dia tanya:
S: Ko kluar time hujan ni?
J: Eh tidak la,hujan yg nanti baru sy kluar.

4. Time ko baru bangun tidur, trus si budu tanya ko:
S: Ko bangun sdh?
J: Ish, sy tidur sambil jalan bah ni!

5. Kawan ko call fon ruma ko:
S: Mana ko?
J: Sini bus stop!

6. Diorang nampak ko kluar dari bilik mandi basah2:
S: Ko baru mandi kah?
J: Manada, sy jatuh dlm lubang jamban bah!

7. Ko bediri di dlm lift di tingkat paling bawah sdh diorang tanya:
S: Going up kah?
J: Eh tidak la,sy  tengah tunggu apartment sy turun bah ni. 

8. Boyfren ko pi ruma ko bawa 1jambak bunga. And ko masi juga mau tanya dia:
S: Eeeh,bunga ka tu?
J: Tdk la Ling! Paku-pakis sama kubis bah ni. X_X

9. Ko di dlm toilet, pintu bekunci, trus ada org ketuk pintu n dia tanya:
S: Ada urang kah?
J: (Suara Kiut)Teda urang! Taik bah yang becakap ni!!!


Hahahhahaha...Bonus kan soalan2nya?? :p

Saturday, 8 October 2011

Kepala Isteri Dipenggal dan dibawa Bersiar-siar

Posted by Vee at 22:19 0 comments
Seorang lelaki berasal dari Guwahati, Assam di India, telah membunuh isterinya dan berjalan keluar ke jalan utama dengan kepala isterinya yang terputus dan parang yang berlumuran darah sebelum ditangkap.

Ranjit Das, bapa kepada dua anak lelaki berusia sembilan dan enam tahun, menjalankan perniagaan kedai runcit kecil dan juga bekerja sebagai seorang pemandu autorickshaw sambilan

Dia dituduh membunuh oleh Ketua Hakim di mahkamah majistret pada hari Jumaat lalu dan dikenakan tahanan reman.

Isteri yang dikahwininya sejak 10 tahun, Amiya Daimary Das bekerja sebagai jururawat di Kesihatan Luar Bandar India. Beliau telah bertugas di Barpeta, kira-kira 170km dari Guwahati dan pulang ke rumah pada minggu lepas.

Ranjit kemudian mengesyaki Amiya mempunyai hubungan sulit dan mendakwa dia mempunyai bukti.

Beliau kemudian mengkelar leher isterinya pada hari Khamis lalu dengan parang, dan membawa kepalanya yang berlumuran darah dan berjalan melalui jalan utama bersamanya. Beliau kemudiannya ditahan oleh polis peronda.

"Saya mempunyai bukti yang cukup tentang perhubungan sulit itu. Beliau telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki lalu menyebabkan saya hilang pertimbangan dan membunuhnya," kata Ranjit.

Beliau mendakwa hendak pergi ke balai polis untuk menyerah diri ketika polis menangkapnya.


Bra Angry Birds (Special Edition)

Posted by Vee at 12:04 0 comments

+ Pokebra + Nintendo Bra... Yang mana satu pilihan anda?









Vee: Pengsan la laki aku kalau nampak bra mcm ni.. LOL

Anjing Makan 5 Ekor Kucing

Posted by Vee at 11:53 0 comments

Pemilik anjing, Samantha Reed membawanya ke klinik anjing untuk mendapatkan rawatan apabila anjing tersebut enggan makan makanan yang diberi. Selepas melakukan ujian x-ray pada perutnya, doktor haiwan mengumumkan berita mengejutkan kepada Mrs.Reed bahawa terdapat sekurang-kurangnya 5 ekor kucing dalam perut anjing tersebut dan ianya berjaya dikeluarkan... Cuba tengok keadaan kucing malang yang menyedihkan itu dibawah...




Hmm... tak sampai hati pulak rasanya aku nak tunjuk kat korang gambar kucing tu, takut korang akan terkejut nanti. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku kata jangan, korang ni degil betul la...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TADAAAA....!

Amacam...? Terkejut tak? Patung plastik rupanya, sebesar1 -2 cm je, patutlah dia boleh telan semua, huhahuhahuhahahaa....

Nenek 70 Tahun Ditangkap Bermaksiat Di Khalayak Ramai

Posted by Vee at 11:47 0 comments
Seorang nenek berumur 71 tahun telah ditangkap basah dengan pasangannya yang berumur 54 tahun ketika sedang asyik melakukan seks di dalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kereta.

Rita Daniels

Ketika ditangkap nenek tersebut tentulah berada dalam keadaan bogel. Kejadian bukan berlaku di Malaysia tetapi di Michigan.Ketika pegawai polis membuka pintu kereta yang berhenjut-henjut itu dan bertanya apa yang mereka lakukan , lelaki tersebut menjawab dalam english “I’m f***ing this chick”.

Pasangan tua telampau tersebut Tim Adams dan Rita Daniels ditangkap kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Padah Mencuri Kereta

Posted by Vee at 07:21 0 comments
MARANG: Hasrat dua lelaki meraih keuntungan dengan menjual sebuah van dicuri tidak kesampaian apabila perbuatan mereka terdedah selepas seorang remaja lelaki mengenali pemilik sebenar kenderaan berkenaan.

Dua suspek terbabit yang berusia 30-an itu turut cedera akibat dibelasah orang ramai apabila kegiatan mereka itu didedahkan remaja lelaki berkenaan di Jalan Rhu Renggeh, Rusila, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, remaja berkenaan yang menaiki sebuah motosikal terserempak dengan dua suspek terbabit memandu van curi di Jalan Tok Adis, Kuala Terengganu, di sini.

Keadaan suspek yang mencurigakan selain dia mengenali pemilik sebenar van itu menyebabkan lelaki terbabit membuat keputusan mengekori kedua-dua suspek.

Bagaimanapun, suspek terbabit yang menyedari diekori cuba melarikan diri memecut van berkenaan selain beberapa kali menghimpit motosikal ditunggang lelaki terbabit bagi mengelaknya terus mengekori mereka.

Nasib malang menimpa kedua-dua suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk penyalahgunaan dadah apabila tayar kiri van dinaiki tiba-tiba pecah menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan terbabit sebelum terbabas di Jalan Rhu Renggeh, di sini.

Sebaik tersadai di tepi jalan, kedua-dua suspek terbabit dibelasah pengguna jalan raya lain sebaik diberitahu mereka mencuri van berkenaan selain berang dengan tindakan suspek cuba menghimpit dan melanggar lelaki yang mengekorinya itu serta memandu secara berbahaya termasuk merempuh dua lampu isyarat.

Pergelutan itu bagaimanapun berjaya dihentikan selepas polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian sebelum kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, van jenis Nissan Vanette dicuri dua suspek berkenaan adalah milik seorang buruh yang menetap di Kampung Binjai Manis, Manir, Kuala Terengganu.

Kenderaan itu dikatakan hilang sejak Selasa lalu selepas diletakkan di kawasan tempat letak kereta pusat peranginan Batu Buruk kira-kira jam 6 petang ketika mangsa melawat adik iparnya yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Mangsa membuat laporan kehilangan kenderaannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira jam 8 malam hari yang sama Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Marang, Asisten Superintendan Mohd Zohan Seman yang dihubungi di sini semalam, mengesahkan penahanan dua suspek berkenaan kira-kira jam 3.15 petang kelmarin.

Katanya, kedua-dua suspek yang cedera dibelasah dihantar ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor.

Salah seorang  suspek yang cedera dibelasah


Sumber: myMetro

Bayi 23 Hari diliwat Bapa

Posted by Vee at 07:06 0 comments
GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

Sumber: myMetro

Vee: Bodoh betul!

Friday, 7 October 2011

7 fakta pelik...

Posted by Vee at 09:45 0 comments
Senarai di bawah ialah tujuh fakta pelik yang menarik untuk diketahui.

1. Dalam tempoh 18 bulan, dua ekor tikus boleh membiak lebih dari SEJUTA ANAK TIKUS.

2. Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk ialah MADU.

3. Setiap lipstik mengandung SISIK IKAN.

4. Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah MOHAMMED.

5. Persamaan di antara BAJU KALIS PELURU, PRINTER LASER, TANGGA KECEMASAN dan WIPER KENDERAAN ialah semuanya ditemui oleh perempuan.

6. Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan BAKTERIA dalam telinga sebanyak 700 KALI GANDA.

7. Siput boleh tidur selama 3 TAHUN.

Pelik???

Ayat Lawak Karam Singh Walia

Posted by Vee at 09:21 0 comments
Aku nak share sikit pasal ayat-ayat power Karam Singh Walia yang biasa digunakan olehnya...

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selembar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

Jambatan Cinta Dipenuhi Ribuan Kunci

Posted by Vee at 08:17 0 comments

Unik. Jambatan Hozenzollerbruecke di Jerman merupakan sebuah jambatan yang unik di mana terdapat ribuan kunci  mangga pada jaring pagar yang melambangkan percintaan. Pasangan yang bercinta akan menulis nama mereka pada kunci mangga tersebut dan kemudiannya akan mengunci mangga pada pagar jambatan tersebut

Polis tunggu ujian air kencing anggota kumpulan Raja Lawak dari Sabah

Posted by Vee at 08:13 0 comments
TUARAN: Seorang anggota kumpulan juara program Raja Lawak yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sini, Selasa lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, berkata siasatan terhadap artis yang masih aktif berlawak itu sudah selesai.

“Kita sudah mendapat maklumat diperlukan susulan penahanannya kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Polis kini menunggu laporan ujian air kencing artis terbabit daripada pihak hospital sebelum menentukan tindakan lanjut,” katanya semalam.

Dalam kejadian jam 10 malam Selesa lalu, artis berusia 21 tahun itu ditahan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran ketika ditemui berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan di pekan itu.

Difahamkan, pelawak berkenaan dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan dan ujian air kencingnya didapati positif dadah.

Artis yang masih bujang itu ditahan reman empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan jam 12 tengah hari semalam.


Hmmm... siapalah tu ya??

Thursday, 6 October 2011

Pengemis Sanggup Buang Bayi di Tawau

Posted by Vee at 22:00 0 comments
TAWAU: Bimbang ditangkap kerana mengemis, seorang wanita nekad menghumban bayinya berusia enam bulan ke laut sebaik ternampak kelibat anggota penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan operasi khas di Pesisiran Pantai Sabindo di sini, semalam.
Menyedari tindakannya itu, anggota penguat kuasa JKM spontan terjun ke laut dan menyelamatkan bayi berkenaan daripada tenggelam dibawa ombak.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika wanita berusia dalam lingkungan 30-an terbabit mengemis bersama bayi dan dua anaknya berusia enam serta tujuh tahun.
Bagaimanapun, dua anaknya itu sempat melarikan diri dengan terjun ke laut dan berenang ke tengah.

Penolong Pengarah JKM Tawau, Asnah Kassim, berkata wanita itu ditahan bagi siasatan lanjut.

Katanya, 23 individu termasuk 13 kanak-kanak berusia antara enam bulan sehingga 60 tahun ditahan dalam operasi itu.

“Operasi bersepadu membabitkan Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Petugas Khas Persekutuan.
“Kita memberi tumpuan di sekitar pusat bandar dan beberapa lokasi yang dikenal pasti menjadi sasaran pengemis, selain mengesan golongan kurang siuman yang mengganggu ketenteraman awam,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kucing Berwajah Dua

Posted by Vee at 18:37 0 comments
Kuasa tuhan memang tidak ada batasan. Kucing ini dilahirkan dengan mempunyai dua wajah. Apa yang lagi menghairankan adalah kucing ini yang diberi nama Frank dan Louie, masih kekal hidup hingga ke hari ini. Kebiasaannya kes sebegini, kucing kucing tersebut hanya mampu bertahan beberapa hari. Hal ini telah membuatkan kisah hidup mereka dimasukkan ke dalam 2012 Guinness Book of World Records


Kemalangan Ngeri di Tawau

Posted by Vee at 11:06 0 comments
TAWAU: Gara-gara memandu dengan laju, sepasang kekasih maut apabila kenderaan mereka terbabas dan merempuh tembok batu selepas gagal mengelak seekor anjing yang sedang melintas jalan di Kilometer 5, Jalan Kuhara.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, pemandu kereta Nissan Fairlady 350Z dikenali sebagai Tam, 35, maut di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kenderaannya yang hancur, manakala teman wanitanya dikenali Lo, 27, maut selepas tercampak keluar dari kenderaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, pasangan terbabit dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke kawasan perniagaan di Hot Spring, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Siasatan awal mendapati, kenderaan mewah itu dipandu laju dan pada masa sama gagal mengelak seekor anjing yang melintas jalan itu dan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terhumban ke dalam parit besar di kiri jalan.

"Kami percaya kereta itu dipandu dengan laju menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas ke (dalam) parit," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Menurut Ibrahim, polis turut menemui bangkai anjing yang dipercayai dilanggar mangsa. “Kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian termasuk pemandunya tersepit dan dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat beberapa jam kemudian,” katanya.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kes kemalangan maut dan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta mengesahkan kenderaan terbabit mengalami kerosakan teruk (remuk) dan ditempatkan di IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Operasi, Norhaini Jumdani dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau yang dihubungi oleh Utusan Borneo berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada jam 2.38 pagi.

“Ketika tiba di lokasi kejadian pada jam 2.45 pagi, kita dapati terdapat dua mangsa yang terlibat. Mangsa lelaki tersepit di dalam kereta, manakala tubuh mangsa wanita pula tercampak ke dalam parit dalam keadaan yang tidak sempurna.

“Kita menemui kepala mayat wanita itu di dalam kereta berkenaan, manakala sebelah tangan dan sebelah kakinya pula berada di atas jalan raya,” katanya sambil menerangkan kerja-kerja mengeluarkan mayat lelaki dari kenderaan terbabit berjalan lancar.

Bagaimanapun, Norhaini berkata, pihak bomba terpaksa menggunakan alat pemotong hidraulik untuk melepaskan mayat mangsa lelaki dari dalam kenderaan terbabit dan berhasil mengeluarkannya selepas kira-kira 34 minit kemudian iaitu pada jam 3.19 pagi.

Dalam pada itu, penjaga Lotus Buddhism Studies Mission Tawau, John, 39, berkata, beliau terdengar dentuman yang kuat dan keluar untuk memeriksa arah bunyi berkenaan sebelum mendapati sebuah kenderaan telah terbabas di dalam parit berhampiran kuil.

Difahamkan, mendiang Tam memiliki sebuah salon kecantikan manakala Lo pula merupakan seorang graduan dari England yang bekerja di Singapura serta baharu sahaja tiba di Tawau pada Selasa lepas.

Sebelum kejadian itu berlaku, pasangan kekasih itu dikatakan baharu pulang dari majlis hari jadi rakan mereka dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum terlibat di dalam nahas ngeri berkenaan.

Gambar kaki mangsa perempuan yang terputus di tempat kejadian


Nissan Fairlady 350Z  yang remuk akibat kemalangan tersebut

Mendiang Tam
Sumber: Borneo Post

Wednesday, 5 October 2011

Bapa bakar diri sendiri bersama tiga anaknya

Posted by Vee at 09:25 0 comments


CULOZ (Perancis): Seorang bapa yang kurang siuman menyimbah keretanya dengan minyak petrol kemudian membakar kereta itu dengan dirinya dan tiga orang anak di dalamnya.

Dua kanak-kanak berusia empat dan enam tahun dan lelaki yang berusia 33 tahun itu, mati di sebuah stesen minyak di sebuah pasar raya di Culoz, tenggara Perancis.

Menurut polis, anak lelakinya yang berusia 11 tahun, berjaya keluar dari kereta yang terbakar tetapi mengalami kecederaan serius.

Isteri lelaki itu yang berusia 29 tahun pula dijumpai mati dicekik di rumah mereka, 60 batu dari tragedi yang berlaku pada jam 8.30 malam, semalam.

Menurut jurucakap polis, “Lelaki itu memberhentikan keretanya seperti mahu mengisi minyak tetapi dia mencurahkan minyak petrol di badan kereta, melompat masuk dan terus membakarnya.”


“Hanya seorang daripada tiga anaknya dapat melepaskan diri tetapi yang lain mati di situ.”

Kata jurucakap polis itu lagi, siasatan ke atas keadaan mental lelaki itu sedang dijalankan.

Sumber : Harian metro

Saturday, 1 October 2011

Lukisan si Buta

Posted by Vee at 11:49 0 comments
Kisah artis buta ini sukar dipercayai, Lisa Fittipaldi kehilangan penglihatan beliau kerana mengalami penyakit vaskular pada tahun 1993, sejak dari itu beliau juga kehilangan kerja kemudiannya tekad untuk mengatasi kekurangan beliau dengan mula melukis pada tahun 1995. Lukisan yang dihasilkan beliau sangat jelas dan berwarna-warni, amat sukar dipercayai kerana beliau tidak mampu melihat atau membezakan warna dan jarak, namun beliau berjaya menjadikannya sesuatu yang tidak mustahil, kini lukisannya dipamerkan hampir di setiap muzium dan galeri diseluruh dunia.














Monday, 12 September 2011

Wanita yang Memiliki Pinggang Paling Ramping

Posted by Vee at 11:12 0 comments
Cathie Jung (lahir 1937) tinggal di Old Mystic, Connecticut, Amerika Syarikat, yang tercatit namanya dalam ‘Guinness World Record’ bagi rekod pinggang terkecil bagi orang yang masih hidup. Jung, berketinggian 1,65 m (5 kaki 6 inci), mempunyai pinggang yang berukuran 38,1 cm (15 inci).

Jung menerima anugerah sebagai pinggang terkecil di dunia bagi orang yang masih hidup pada 4 mei 2009.

Untuk memiliki pinggang sebegini, Jung telah mengamalkan memakai korset selama 25 tahun. Jung menolak dakwaan sesetengah orang yang mengatakan dia melakukan pembedahan untuk memiliki pinggang sekecil ini


Vee: Pinggangku 29 inch (mau hampir 2 kali ganda!!)

Thursday, 8 September 2011

Sup Bayi di China

Posted by Vee at 11:56 0 comments

'Sup Bayi' atau lebih dikenali sebagai khasnya sup 'Tulang Rusuk' tidak boleh didapati pada menu makanan setiap hari disebuah restoran di Cina. Seorang wartawan yang menulis artikel didalam bahasa Cina mengatakan bahawa dia terpaksa menunggu beberapa minggu sehingga bayi tersedia. Sebuah pasangan yang telah dikurniakan 2 orang anak perempuan mendapati bahawa mereka akan dikurniakan seorang lagi bayi perempuan pada 5 bulan akan datang dan telah membuat keputusan untuk digugurkan kandungan tersebut kemudiannya dijual kepada sebuah restoran. Bayi tersebut dijual dengan harga kira-kira 2,000 Yuan ($290US) 

Berita yang mengejutkan ini telah tersebar di Cina. Sebuah bandar di Canton kini ianya telah menjadi satu tradisi bagi warga tempatan untuk mengambil sup bayi ini bagi meningkatkan kesihatan dan seksual/stamina. 







Sesungguhnya dunia kini semakin ke penghujungnya...


Wednesday, 7 September 2011

Banyaknya Fungsi Kondom

Posted by Vee at 19:37 0 comments
Di Cuba, kondom bukan sekadar digunakan untuk seks sahaja malah pelbagai fungsi yang agak kreatif .

Antaranya semasa perlawanan baseball, konsert ataupun pesta orang-orang di Cuba akan meniup kondom menjadi fungsi semacam belon. Bukan setakat itu sahaja sesetengahnya akan menggunakannya di parti harijadi menggantikan belon. Apa yang bestnya kondom ini tahan lasak dan tak mudah pecah.


Kondom juga digunakan dalam aktiviti memancing....sangat kreatif ! ini kerana sifat kondom yang tahan lasak dan tak mudah pecah.


Begitu juga jika mereka ingin 'menyeludup' masuk arak dari bar atau kelab malam, mereka akan menggunakan kondom sebagai alat yang selamat untuk membawa masak arak di kelab malam.

Menurut pengunjung kelab yang biasa menggunakan taktik ini,

" Anda mempunyai $7, masuk aje kena bayar $5, jadi mana cukup nak beli minuman keras dalam kelab jadi kami beli setin cola di dalam kelab yang berharga $1 dan meminumnya separuh. Pergi ke bilik air dan menuangkan rum tadi yang disembunyi dalam kondom ke dalam tin dan menikmatinya...".

Nampaknya kondom ni bukan setakat untuk mencegah kehamilan tapi rupa2nya banyak fungsinya bagi sesetengah orang.

Monday, 5 September 2011

Fakta Menarik Di antara Lelaki dan Perempuan

Posted by Vee at 20:14 0 comments





Fakta Menarik Diantara Lelaki Dan Perempuan

1.Rata-rata perempuan tidur lebih lama 1 jam di waktu malam dari pada lelaki.

2.Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

3.Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi (gangguan) saat mengandung bayi lelaki dibandingkan dengan bayi perempuan.

4.Rata-rata berat otak lelaki lebih berat 1,4 kg daripada berat otak perempuan.

5.Pembedahan mengganti alat kelamin lebih banyak dilakukan oleh lelaki.

6.Perempuan kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

7.Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara perbicaraan perempuan terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada perempuan. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada perempuan.

8.Perempuan lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

9.Perempuan mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki.

10.Kemampuan indera laki-laki untuk mengecapi rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada perempuan.

11.Lebih dari dua kali pada perempuan cenderung homoseksual (menyukai sesama jenis) pada usia 45 tahun daripada lelaki.

12.Pada saat usia tua perempuan mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebahagian besar lelaki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen (hormon lelaki ).

13.Berpapasan dengan perempuan di jalanan, lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap perempuan yang dijumpainya. Perempuan pula cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sedar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

14.Kira-kira 48 % lelaki berdengkur ketika tidur, hanya 22 % saja pada perempuan.

15.Lelaki lebih banyak memilih merah, dan perempuan warna biru.

16.Perempuan rata-rata 153 saat berada di toilet, lelaki 113 saat.

17.Satu berbanding empat, perempuan dibanding lelaki yang berbicara gagap.

18.Penelitian di Amerika, perempuan menggunakan waktu hampir 2 kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

19.Perempuan secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

20.Penelitian di England, kanak-kanak lelaki lebih mudah ditipu/diperdaya dibanding kanak-kanak perempuan.

Lumpuh Setelah di 'Lovebite' :)

Posted by Vee at 11:17 0 comments
Seorang wanita berusia 44 tahun lumpuh buat seketika selepas dia dicium pasangannya di bahagian leher. Dia lumpuh di bahagian lengan kiri semasa sedang menonton televisyen.

Doktor-doktor yang memeriksanya bingung mengenai punca dia diserang strok sehinggalah mereka mendapati terdapat tanda ciuman cinta (lovebite) di bahagian lehernya sekaligus meleraikan misteri serangan strok itu.

Wanita itu kemudian memberitahu doktor bahawa dia dicium beberapa hari sebelum diserang strok.

Menurutnya, terdapat darah beku di dalam arteri di tempat sedutan itu dibuat. Darah beku tersebut tidak dapat bergerak menyebabkan strok itu berlaku. Wanita itu pulih selepas dirawat dengan ubat antibekuan.


Vee: Bahaya pulak tu... so mcmana kalau yang teknik bekam tu? Ada kesan ka juga ekkk??

Friday, 2 September 2011

JAWAPAN INTERVIEW YANG BIKIN PANAS... :D

Posted by Vee at 12:29 0 comments
Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga 

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata,
“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini”

“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?”, tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata,
“FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”

“Bagus, satu jawapan yang baik”, kata CEO tadi.

“Kamu pula?”, tanya nya kepada calon kedua.

“KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip”, jawab calon kedua.

“Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan”, kata CEO itu.

“Bagaimana kamu pula?”, tanya CEO kepada calon ketiga.

“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas, jawab calon ketiga.

“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

“Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT”, jawab calon keempat dengan yakin sekali.

“Haaa…?? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?”, CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah…………..”

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan...

Sunday, 7 August 2011

Sanggup Jual Anak Demi Game Online

Posted by Vee at 19:34 0 comments
Dongguan, Cina - Pasangan muda di China sanggup menjual ketiga-tiga anak mereka supaya mendapat wang untuk bermain game online di kedai cafe internet, menurut laporan sebuah suratkhabar di Cina Selatan.


Menurut Berita Kota Sanxiang , pasangan ini memulai kisah cinta mereka pada tahun 2007 saat mereka bertemu di belakang salah satu kafe internet yang ada di China.

Setahun kemudian pasangan yang masih berumur dibawah 21 tahun ini mendapat anak mereka yang pertama iaitu seorang anak laki-laki. Setelah sehari kelahirannya anak mereka, pasangan muda ini pergi bermain game online di kafe internet sejauh 30 km dan meninggalkan anaknya sendiri di rumah.

Pada tahun 2009, Li Lin dan Li Juan mendapat anak mereka yang kedua, kali ini mereka mendapat anak perempuan pula, pada masa tu lah muncul idea gila untuk menjual anak mereka demi mendapat duit untuk melayan aktiviti game online mereka berdua.

Mereka menjual anak kedua mereka dengan harga kurang dari $ 500, sedangkan anak kedua mereka terjual dengan harga 10 kali lebih banyak dari anak mereka yang kedua yaitu sekitar $ 4600.Wow!

Setelah memiliki anak ketiga, pasangan muda ini  juga menjualnya dengan harga sekitar $ 4600.

Ketika ditanya apakah mereka masih merindukan anak-anak mereka, orang tua itu menjawab, "Kami tidak berniat membesarkan mereka, kami ingin menjual mereka agar mendapatkan wang."

Fakta pelik tentang Sabah

Posted by Vee at 09:46 0 comments


Untuk entri kali ini, saya nak kongsi pasal beberapa fakta menarik tentang negeri sabah ... korang boleh baca senarai fakta pelik di bawah :

1. Sabah pengeluar utama minyak dan gas di Malaysia
2. Sabah pengeluar utama sawit di Malaysia
3. Sabah pengeluar utama getah di Malaysia 
4. Sabah pengeluar utama koko di Malaysia
5. Sabah adalah antara tarikan utama pelancong ke Malaysia.
6. Sabah adalah penyumbang hasil cukai kedua terbanyak di Malaysia


Sabah dikatakan pelik kerana utk semua kekayaan di atas, 40% org miskin di Malaysia adalah dari Sabah !!! Bukan setakat itu, malah Sabah memiliki kemudahan infrastruktur paling teruk d Malaysia.

Hmmm... memang pelik

Cerita lawak bodoh dengan polis

Posted by Vee at 08:37 0 comments
Kali ni aku nak share satu cerita lawak dgn korang pasal orang asli yang buat lawak bodoh dengan polis... minat ???


Cerita ini bermula dengan orang asli  itu datang berjumpa dengan pegawai polis untuk membuat laporan ... ikuti dialog di bawah : .... !!!

orang asli: selamat pagi tuan

polis: selamat pagi

polis: apa hal

orang asli: saya nak buat repot tuan

polis: fasal apa tu

orang asli: kawan saya di baham harimau

polis: pukul berapa

orang asli: dia tak pukul, terkam

polis: habis?

orang asli: tak habis, tinggal kepala......


Dialog tamat --------
Lawak tak ??? Hahaha

Saturday, 6 August 2011

GLOOMY SUNDAY

Posted by Vee at 18:19 0 comments
Gloomy Sunday merupakan sebuah karya yang terkenal sebagai lagu bunuh diri .Setelah mendengar lagu tersebut, sesiapa saja yang mendengarnya akan merasa ingin mengakhiri hidupnya. Ada apa sebenarnya dibalik lagu ini?

Gloomy Sunday
Lagu Gloomy Sunday yang judul aslinya Szomorú Vasárnap atau dalam bahasa melayunya Minggu Yang Kelam tercipta pada tahun 1933 dan merupakan karya dari seorang komposer dan pemain piano autodidak dari Budapest, Hungary, bernama Rezső Seress. Lagu ini terkenal sebagai lagu pengiring kematian pada era itu, kerana banyak yang telah menjadi korban bunuh diri kerana seolah-olah terhipnotis setelah mendengar lagu tersebut. Rezső Seress sang penciptanya juga meninggal akibat bunuh diri pada tahun 1968.

Rezső Seress


Rezső Seress

Rezső Seress diberitakan bunuh diri pada tahun 1968 di hari Minggu dengan melompat keluar dari jendela apartmen  tempat tinggalnya. Dikatakan, Rezső Seress bunuh diri kerana menyedari bahawa setelah Gloomy Sunday meledak jadi hit pertamanya di beberapa negara, dia berfikir bahwa dia tidak akan pernah lagi mampu menciptakan hit seperti itu untuk yang kedua kalinya. Makanya dia berniat untuk mengakhiri hidupnya. Apakah ada alasan lain dibalik kematiannya…? Who knows….?

Lagu ini telah diterjemahkan kedalam beberapa bahasa seperti Bahasa Inggeris, Perancis, Finland, dan Sepanyol, dan telah dikeluarkan dalam 7 versi oleh 56 penyanyi yang berbeza termasuk diantaranya versi Heather Nova, Bjork, Ray Charles, Sarah Brightman dan Sinead O’Connor, versi Billie Holliday-lah yang membuat lagu ini sangat terkenal dan pada akhirnya menjadi versi standard interpretasi Gloomy Sunday, yang liriknya dibawah ini.

Sunday is gloomy,
My hours are slumberless
Dearest the shadows
I live with are numberless
Little white flowers
Will never awaken you
Not where the black coaches
Sorrow has taken you
Angels have no thoughts
Of ever returning you
Wouldn’t they be angry
If I thought of joining you?

Gloomy sunday
Gloomy is sunday
With shadows I spend it all
My heart and I have decided
To end it all
Soon there’ll be candles and prayers
That are said I know
But let them not weep
Let them know
That I’m glad to go
Death is no dream
For in death I’m caressi’n you
With the last breath of my soul
I’ll be blessin’ you

Gloomy sunday
Dreaming
I was only dreaming
I wake and I find you asleep
In the deep of my heart here
Darling I hope
That my dream never haunted you
My heart is tellin’ you
How much I wanted you
Gloomy sunday
(“Gloomy Sunday” performed by Billie Holliday)

Lagu Gloomy Sunday ini sebenarnya merupakan soundtrack dari sebuah film yang cukup popular. Filemnya berjudul sama dengan judul lagu soundtracknya, iaitu film yang menceritakan tentang sebuah hubungan cinta segitiga seorang wanita pemilik restauran di Hungary. Dalam film Gloomy Sunday tersebut juga diceritakan tentang beberapa kes bunuh diri yang diakibatkan oleh lagu ini.

Di tahun 1997, Billy Mackenzie penyanyi yang merakam lagu Gloomy Sunday di tahun 1982 juga mati bunuh diri berdekatan rumah ayahnya.

Bahkan, katanya apabila lagu Gloomy Sunday ini dimainkan tanpa lirik (suara penyanyi) atau hanya berupa instrumental saja maka pendengarnya akan tertidur berat dan mengalami mimpi buruk yang kelihatan nyata sekali.

Di negeri asalnya sendiri, Hungary, lagu ini dilarang keras untuk dimainkan karena telah meyebabkan meningkatnya gelombang bunuh diri di Negara tersebut.

Lagu Gloomy Sunday sendiri hilang dari peredaran dan dilupakan, semenjak adanya perang Adolf Hitler di tahun 1930-an, lagu ini dimusnahkan, dan versi aslinya sudah tidak ada lagi, mengingat banyak yang telah menjadi korban dari lagu ini. Dalam siaran Radio BBC lagu tersebut dilarang keras untuk diudarakan.
 

Suaraku... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Women's Secret