Thursday 6 October 2011

Pengemis Sanggup Buang Bayi di Tawau

Posted by Vee at 22:00
TAWAU: Bimbang ditangkap kerana mengemis, seorang wanita nekad menghumban bayinya berusia enam bulan ke laut sebaik ternampak kelibat anggota penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan operasi khas di Pesisiran Pantai Sabindo di sini, semalam.
Menyedari tindakannya itu, anggota penguat kuasa JKM spontan terjun ke laut dan menyelamatkan bayi berkenaan daripada tenggelam dibawa ombak.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika wanita berusia dalam lingkungan 30-an terbabit mengemis bersama bayi dan dua anaknya berusia enam serta tujuh tahun.
Bagaimanapun, dua anaknya itu sempat melarikan diri dengan terjun ke laut dan berenang ke tengah.

Penolong Pengarah JKM Tawau, Asnah Kassim, berkata wanita itu ditahan bagi siasatan lanjut.

Katanya, 23 individu termasuk 13 kanak-kanak berusia antara enam bulan sehingga 60 tahun ditahan dalam operasi itu.

“Operasi bersepadu membabitkan Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Petugas Khas Persekutuan.
“Kita memberi tumpuan di sekitar pusat bandar dan beberapa lokasi yang dikenal pasti menjadi sasaran pengemis, selain mengesan golongan kurang siuman yang mengganggu ketenteraman awam,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

0 comments:

Post a Comment

 

Suaraku... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Women's Secret