Wednesday 7 September 2011

Banyaknya Fungsi Kondom

Posted by Vee at 19:37
Di Cuba, kondom bukan sekadar digunakan untuk seks sahaja malah pelbagai fungsi yang agak kreatif .

Antaranya semasa perlawanan baseball, konsert ataupun pesta orang-orang di Cuba akan meniup kondom menjadi fungsi semacam belon. Bukan setakat itu sahaja sesetengahnya akan menggunakannya di parti harijadi menggantikan belon. Apa yang bestnya kondom ini tahan lasak dan tak mudah pecah.


Kondom juga digunakan dalam aktiviti memancing....sangat kreatif ! ini kerana sifat kondom yang tahan lasak dan tak mudah pecah.


Begitu juga jika mereka ingin 'menyeludup' masuk arak dari bar atau kelab malam, mereka akan menggunakan kondom sebagai alat yang selamat untuk membawa masak arak di kelab malam.

Menurut pengunjung kelab yang biasa menggunakan taktik ini,

" Anda mempunyai $7, masuk aje kena bayar $5, jadi mana cukup nak beli minuman keras dalam kelab jadi kami beli setin cola di dalam kelab yang berharga $1 dan meminumnya separuh. Pergi ke bilik air dan menuangkan rum tadi yang disembunyi dalam kondom ke dalam tin dan menikmatinya...".

Nampaknya kondom ni bukan setakat untuk mencegah kehamilan tapi rupa2nya banyak fungsinya bagi sesetengah orang.

0 comments:

Post a Comment

 

Suaraku... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Women's Secret