Monday, 5 September 2011

Lumpuh Setelah di 'Lovebite' :)

Posted by Vee at 11:17
Seorang wanita berusia 44 tahun lumpuh buat seketika selepas dia dicium pasangannya di bahagian leher. Dia lumpuh di bahagian lengan kiri semasa sedang menonton televisyen.

Doktor-doktor yang memeriksanya bingung mengenai punca dia diserang strok sehinggalah mereka mendapati terdapat tanda ciuman cinta (lovebite) di bahagian lehernya sekaligus meleraikan misteri serangan strok itu.

Wanita itu kemudian memberitahu doktor bahawa dia dicium beberapa hari sebelum diserang strok.

Menurutnya, terdapat darah beku di dalam arteri di tempat sedutan itu dibuat. Darah beku tersebut tidak dapat bergerak menyebabkan strok itu berlaku. Wanita itu pulih selepas dirawat dengan ubat antibekuan.


Vee: Bahaya pulak tu... so mcmana kalau yang teknik bekam tu? Ada kesan ka juga ekkk??

0 comments:

Post a Comment

 

Suaraku... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Women's Secret