Monday 12 September 2011

Wanita yang Memiliki Pinggang Paling Ramping

Posted by Vee at 11:12 0 comments
Cathie Jung (lahir 1937) tinggal di Old Mystic, Connecticut, Amerika Syarikat, yang tercatit namanya dalam ‘Guinness World Record’ bagi rekod pinggang terkecil bagi orang yang masih hidup. Jung, berketinggian 1,65 m (5 kaki 6 inci), mempunyai pinggang yang berukuran 38,1 cm (15 inci).

Jung menerima anugerah sebagai pinggang terkecil di dunia bagi orang yang masih hidup pada 4 mei 2009.

Untuk memiliki pinggang sebegini, Jung telah mengamalkan memakai korset selama 25 tahun. Jung menolak dakwaan sesetengah orang yang mengatakan dia melakukan pembedahan untuk memiliki pinggang sekecil ini


Vee: Pinggangku 29 inch (mau hampir 2 kali ganda!!)

Thursday 8 September 2011

Sup Bayi di China

Posted by Vee at 11:56 0 comments

'Sup Bayi' atau lebih dikenali sebagai khasnya sup 'Tulang Rusuk' tidak boleh didapati pada menu makanan setiap hari disebuah restoran di Cina. Seorang wartawan yang menulis artikel didalam bahasa Cina mengatakan bahawa dia terpaksa menunggu beberapa minggu sehingga bayi tersedia. Sebuah pasangan yang telah dikurniakan 2 orang anak perempuan mendapati bahawa mereka akan dikurniakan seorang lagi bayi perempuan pada 5 bulan akan datang dan telah membuat keputusan untuk digugurkan kandungan tersebut kemudiannya dijual kepada sebuah restoran. Bayi tersebut dijual dengan harga kira-kira 2,000 Yuan ($290US) 

Berita yang mengejutkan ini telah tersebar di Cina. Sebuah bandar di Canton kini ianya telah menjadi satu tradisi bagi warga tempatan untuk mengambil sup bayi ini bagi meningkatkan kesihatan dan seksual/stamina. 







Sesungguhnya dunia kini semakin ke penghujungnya...


Wednesday 7 September 2011

Banyaknya Fungsi Kondom

Posted by Vee at 19:37 0 comments
Di Cuba, kondom bukan sekadar digunakan untuk seks sahaja malah pelbagai fungsi yang agak kreatif .

Antaranya semasa perlawanan baseball, konsert ataupun pesta orang-orang di Cuba akan meniup kondom menjadi fungsi semacam belon. Bukan setakat itu sahaja sesetengahnya akan menggunakannya di parti harijadi menggantikan belon. Apa yang bestnya kondom ini tahan lasak dan tak mudah pecah.


Kondom juga digunakan dalam aktiviti memancing....sangat kreatif ! ini kerana sifat kondom yang tahan lasak dan tak mudah pecah.


Begitu juga jika mereka ingin 'menyeludup' masuk arak dari bar atau kelab malam, mereka akan menggunakan kondom sebagai alat yang selamat untuk membawa masak arak di kelab malam.

Menurut pengunjung kelab yang biasa menggunakan taktik ini,

" Anda mempunyai $7, masuk aje kena bayar $5, jadi mana cukup nak beli minuman keras dalam kelab jadi kami beli setin cola di dalam kelab yang berharga $1 dan meminumnya separuh. Pergi ke bilik air dan menuangkan rum tadi yang disembunyi dalam kondom ke dalam tin dan menikmatinya...".

Nampaknya kondom ni bukan setakat untuk mencegah kehamilan tapi rupa2nya banyak fungsinya bagi sesetengah orang.

Monday 5 September 2011

Fakta Menarik Di antara Lelaki dan Perempuan

Posted by Vee at 20:14 0 comments





Fakta Menarik Diantara Lelaki Dan Perempuan

1.Rata-rata perempuan tidur lebih lama 1 jam di waktu malam dari pada lelaki.

2.Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

3.Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi (gangguan) saat mengandung bayi lelaki dibandingkan dengan bayi perempuan.

4.Rata-rata berat otak lelaki lebih berat 1,4 kg daripada berat otak perempuan.

5.Pembedahan mengganti alat kelamin lebih banyak dilakukan oleh lelaki.

6.Perempuan kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

7.Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara perbicaraan perempuan terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada perempuan. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada perempuan.

8.Perempuan lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

9.Perempuan mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki.

10.Kemampuan indera laki-laki untuk mengecapi rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada perempuan.

11.Lebih dari dua kali pada perempuan cenderung homoseksual (menyukai sesama jenis) pada usia 45 tahun daripada lelaki.

12.Pada saat usia tua perempuan mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebahagian besar lelaki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen (hormon lelaki ).

13.Berpapasan dengan perempuan di jalanan, lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap perempuan yang dijumpainya. Perempuan pula cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sedar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

14.Kira-kira 48 % lelaki berdengkur ketika tidur, hanya 22 % saja pada perempuan.

15.Lelaki lebih banyak memilih merah, dan perempuan warna biru.

16.Perempuan rata-rata 153 saat berada di toilet, lelaki 113 saat.

17.Satu berbanding empat, perempuan dibanding lelaki yang berbicara gagap.

18.Penelitian di Amerika, perempuan menggunakan waktu hampir 2 kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

19.Perempuan secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

20.Penelitian di England, kanak-kanak lelaki lebih mudah ditipu/diperdaya dibanding kanak-kanak perempuan.

Lumpuh Setelah di 'Lovebite' :)

Posted by Vee at 11:17 0 comments
Seorang wanita berusia 44 tahun lumpuh buat seketika selepas dia dicium pasangannya di bahagian leher. Dia lumpuh di bahagian lengan kiri semasa sedang menonton televisyen.

Doktor-doktor yang memeriksanya bingung mengenai punca dia diserang strok sehinggalah mereka mendapati terdapat tanda ciuman cinta (lovebite) di bahagian lehernya sekaligus meleraikan misteri serangan strok itu.

Wanita itu kemudian memberitahu doktor bahawa dia dicium beberapa hari sebelum diserang strok.

Menurutnya, terdapat darah beku di dalam arteri di tempat sedutan itu dibuat. Darah beku tersebut tidak dapat bergerak menyebabkan strok itu berlaku. Wanita itu pulih selepas dirawat dengan ubat antibekuan.


Vee: Bahaya pulak tu... so mcmana kalau yang teknik bekam tu? Ada kesan ka juga ekkk??

Friday 2 September 2011

JAWAPAN INTERVIEW YANG BIKIN PANAS... :D

Posted by Vee at 12:29 0 comments
Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga 

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata,
“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini”

“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?”, tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata,
“FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”

“Bagus, satu jawapan yang baik”, kata CEO tadi.

“Kamu pula?”, tanya nya kepada calon kedua.

“KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip”, jawab calon kedua.

“Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan”, kata CEO itu.

“Bagaimana kamu pula?”, tanya CEO kepada calon ketiga.

“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas, jawab calon ketiga.

“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

“Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT”, jawab calon keempat dengan yakin sekali.

“Haaa…?? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?”, CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah…………..”

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan...
 

Suaraku... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Women's Secret